LIKE MY PAGE

MARI MENGENAL KULIT



Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza brdasarkan faktor genetik, hormon, usia serta faktor2 sampingan lain iaitu seperti persekitaran kerja, tmpat tinggal, kualiti udara dan sebagainya..

Tips : terdapat 4 jenis kulit wajah yg biasa ditemui :-

1) jenis kulit kering
2) jenis kulit berminyak
3) jenis kulit biasa
4) jenis kulit kombinasi berminyak dan kering.

1) KULIT KERING




Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mereka akan mendapati permukaan kulit adalah kurang berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang.

Pada kebiasaannya, kulit berasa seperti tegang apabila di cuci dengan air. Kadang kala kulit akan terasa perit/sakit. Kulit juga mudah menampakkan garis2 eksperesi terutama di sekitar mata dan mulut. Kulit Kering juga kelihatan kasar dan mudah mengelupas.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-

a) Kulit tidak berkilat
b) Pori-pori yang tidak begitu kelihatan
c) Tompok-tompok kulit yang kasar

Produk MARY KAY untuk Kulit Kering
  1. Membersih secara lembut tanpa pengelupasan
  2. Melembut , melicinkan dan mengembalikan lembapan yg diperlukan
Menjadikan garis2 kurang ketara.

2) KULIT BERMINYAK




Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mereka akan mendapati permukaan kulit yang sentiasa berminyak akibat kalenjar sebum menghasilkan minyak yg berlebihan menyebabkan kulit kelihatan berkilat.

Pada kebiasaannya, kulit tidak berasa tegang dan memerlukan pencucian yang kerap untuk terasa bersih.

Ciri-ciri fizikal kulit berminyak adalah:-

a) Kulit berkilat.
b) Pori-pori yang terbuka.
c) Terdapat banyak 'black head'
d) Kulit tebal

Produk MARY KAY untuk Kulit Berminyak
  1. Membantu mengawal minyak di permukaan kulit, menjadikan licin dan lebih berseri
  2. Membersihkan kotoran dan himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam
  3. Membantu makeup kekal segar lebih lama.



3) KULIT NORMAL




Kulit biasa pada kebiasaannya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak kerana aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang seimbang di seluruh permukaan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit biasa, kebiasaannya tiada menghadapi sebarang masalah penjagaan. Kadang kala kulit muka akan terasa tegang ketika cuaca sejuk.

Ciri-ciri fizikal kulit biasa adalah:-

1) Pori-pori akan kelihatan di ZON-T
2) Bahagian tepi muka mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat

Mekap yang di gunakan pada muka bertahan agak lama. Kadang kala perlu di gunakan semula.
Produk MARY KAY untuk Kulit Normal
  1. Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit, sihat dan berseri2,
  2. Mempperhaluskan tekstur kulit dan menjadikan bersih dan segar.

4) KULIT KOMBINASI BERMINYAK & KERING




Kulit jenis kombinasi ini akan mengalami keadaan yang tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang kering dan juga berminyak di permukaan kulit.

Secara amnya, jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi ini akan merasai sebahagian dari kulit terasa tegang, tetapi sebahagian yang lainnya tidak.

Ciri-ciri fizikal kulit kombinasi ini adalah seperti berikut:-

1) Sebahagian daripada kawasan kulit kelihatan amat berkilat (Zon T- Dahi hidung dan dagu)
2) Kulit kasar di kawasan yang lain
3) Pori-pori terbuka di sesetengah kawasan, sementara di kawasan yang lainnya pori-pori tertutup.

Produk MARY KAY untuk Kulit Kombinasi
1. Membantu mengawal minyak berlebihan di zon T
2. mengecilkan pori dan melempabkan kawsan kulit yang kering.

0 comments:

Post a Comment


up