LIKE MY PAGE

TIMEWISE FIRMING EYE CREAM


Kulit di sekeliling mata adalah paling nipis, paling manja di muka.

KENYATAAN TEGUH
Menegang, mencerah, melembapkan.

FAEDAH & PERAKUAN
· Sesiapa sahaja yang ingin menentang tanda penuaan di sekitar mata.
96%
-Memperlihatkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit di sekitar mata.
100%
-Memperlihatkan pengurangan kekasaran dan kekeringan kulit secara ketara di sekitar mata
Hingga 25%
-Kulit di sekitar mata lebih tegang
Hingga 40%
-Kurang lingkaran hitam di bawah mata
Hingga 75%
-Kulit bertambah lembut di sekitar mata
* Berdasarkan kajian klinikal selama 12 minggu

BAGAIMANA IA BERTINDAK
· Apabila kulit semakin tua, ia kehilangan lembapan dan menjadi kering serta berliang, lantas melemahkan pertahanan semula jadi yang melindungi anda daripada radikal bebas dan acaman persekitaran.· TimeWise® Firming Eye Cream bertindak untuk memberi perlindungan yang lebih kepada kulit halus di kawasan mata sambil mengatasi kerosakan yang terjadi.
o Kuasa gabungan dwi peptida penguat kolagen bertindak untuk membina/ memulihkan struktur penyokong untuk mencergaskan semula sel supaya kulit lebih tegang.
o Ekstrak bahan botani yang menenangkan serta agen pencerahan digunakan untuk merapi dan mempersiapkan kulit supaya dilembapkan bagi menghasilkan nada kulit yang lebih sekata.

APA KATA KUMPULAN PEMBANGUNAN JENAMA GLOBAL KAMI,
Wanita mendambakan produk kosmetik warna yang boleh menambahkan keanggunan wajah dengan pesona semula jadi dan dipenuhi khasiat-khasiat penting untuk kulit.

TIMEWISE LIQUID FOUNDATION

Bersedialah untuk satu lagi keajaiban penentang usia. TimeWise Foundation diseduh dengan vitamin E dan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk kulit yang segera tampak lebih tegang, muda dan sihat. Kulit juga berasa dilembapkan sepanjang hari. Apa lagi yang lebih cantik daripada itu?




FAKTA:
Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit. Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit mengekalkan penampilan muda remaja.

PENEMPATAN PRODUK:
Menentang usia dengan penggunaan TimeWise
 Liquid Foundation.

FAEDAH DAN PERAKUAN
· Kulit tampak cerah dengan serta-merta· Kulit tampak berseri sepanjang hari· Memberikan kilauan maksimum· Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari· Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat· Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan· Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori· Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan· Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara· Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam· Memberikan kemasan kilauan yang tahan lama kepada kulit· Tidak melekat dalam garis halus· Mengurangkan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara· Tahan pindahan dan tahan kelembapan· Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin

BAGAIMANA IA BERTINDAK
· Dirumus dengan ester lilin jojoba untuk membekalkan lembapan. Diseduh dengan vitamin E dan sebatian peptida pembina kolagen supaya kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat.

RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI
::Ester Lilin Jojoba
-Meningkatkan faedah pelembapan.
:: Gliserin
- Humektan yang membantu menyeimbangkan atau mengekalkan paras lembapan wajar dalam kulit.
::Dimethicone
- Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok penampilannya.
:: Vitamin E (Tocopheryl Acetate)
- Juga dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit.
:: Palmitoyl Oligopeptide dan Palmitoyl Tetrapeptide-7
- Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.

ARAHAN PEMAKAIAN
· Boleh disapu dengan Mary Kay® Liquid Foundation Brush, aplikator span atau hujung jari. Jika menggunakan berus, tekan bedak asas ke atas telapak tangan, celupkan berus dalam bedak asas dan sapu secara rata di seluruh muka dengan strok atas ke bawah dan dari dalam ke luar. Liquid Foundation Brush direka khas untuk memudahkan pemakaian, dengan bulu berus berlilin yang memegang bedak dengan sempurna serta mudah mencapai garis bentuk muka.


PENYELIDIK PERUBATAN MEMBERITAHU KAMI,
Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelanjar sebum, kurang kolagen dan elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila usia seseorang semakin meningkat, pad lemak di bawah dermis mulai kurang, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri unik kulit di kawasan mata menyebabkan ia memerlukan perhatian yang lebih.

BOTANICAL EFFECT SKIN CARE




Set penjagaan kulit mengikut jenis kulit seperti beminyak, kering, normal dan kombinasi.
-menyediakan pelembapan serta merta
-meninggalkan kulit berasa tenang
-mengurangkan kekusaman
-mengekalkan keseimbangan kulit

... Produk ini mengandungi komplest botani termasuk
- Silymarin(susu buah tistel) – antioksidan yang amat berkuasa untuk membantu melindungi kulit
- Luo Han Guo – dikenali sebagai ‘ buah kelanjutan usia’ yang dirumus seperti teh tradisi untuk mengukuhkan sistem imun.


Botanical Effects datang dengan 3 formula..
Formula 1 untuk kulit kering
Formula 2 untuk kulit Normal
Formula 3 untuk Kulit berminyak

Setiap formula di perbuat daripada bahan yang berlainan untuk menfokuskan keberkesanan maksimun untuk setiap jenis kulit

Formula 1
Ekstrak biji flaks- sumber tumbuhan paling kaya dengan asid lemak omega 3, juga membantu melegakan ketidakselesaan kulit kering

Ekstrak rumpai laut – ekstrak alga laut, rumpai laut terkenal sebagai sumber vitamin, mineral, dan asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit

Formula 2
Ekstrak bunga kemboja – menenangkan dan melegakan serta sejenis antioksidan yan menbantu melindungi daripada tekanan persekitaran.

Ekstrak bunga teratai – sejenis antioksidan, sumber mineral penting untuk kulit yg sihat

Formula 3
Ekstrak Kanuka (pokok the putih)- membantu mngurangkan bakteriayg mungkin mengakibatkan pori2 tersumbat

Ekstrak jambu batu – sumber asid saliskik, sejenis pengelupasan yang menyingkirkan kulit mati dan pori tersumbat supaya mngurangkan permukaan berminyak.

BUTIRAN PRODUK

-Pencuci 3-dalam-1: Mencuci, mengelupas dan menyegarkan dalam satu langkah dengan berkesan. Pembersih
pembetulan yang menghaluskan kulit dan membantu membersih pori. Mengurangkan dan membantu mengawal minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Meninggalkan kulit berasa bersih dan kelihatan lebih halus.

-Penghidrat: Meresap cepat dan memberi penyeimbangan kulit . Menyediakan penghidratan seimbang sambil mengawal minyak berlebihan. Meninggalkan kulit dengan kemasan matte cantik. Tidak-berminyak dan tidak meninggalkan kesan berminyak.

-Masker: Menanggalkan kekotoran dengan lembut kerana ia mencergaskan kulit; mudah ditanggalkan dengan
menggunakan air. Membantu membersihkan pori dan menghaluskan penampilannya. Meresap dan mengawal minyak berlebihan. Meninggalkan kulit kelihatan cerah dan segar.

-Penyegar: Formula tak mengering ini menanggalkan sisa kekotoran dari kulit dengan lembut. Menanggalkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Mengurangkan penampilan saiz pori. Mencerahkan kulit dan membantu
membersihkan pori. Kulit disediakan untuk langkah pelembapan.

ARAHAN PEMAKAIAN
Pencuci 3-dalam-1: Sapu pada muka dan leher yang dibasahkan. Bilas atau tanggalkan dengan kain basah dan lap
kering.

Penghidrat : Sapukan pada muka dan leher yang bersih dengan gerakan menghala ke atas.

Masker: Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka bersih, elakkan kawasan mata dan mulut. Tinggalkan selama 10 minit. Tanggalkan masker dengan air atau kain muka basah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu. Elakkan diguna pada kulit terengsa.

Penyegar: Sembur terus pada bebola kapas atau pad kapas sehingga dilembabkan. Sapukan terus ke muka dan leher, dan elakkan kawasan mata dan mulut. ULangi sehingga bebola kapas atau pad tidak lagi menunjukkan kesan solekan

MENGENAL STRUKTUR KULIT

Secara struktural, kulit tersusun atas dua lapisan, yakni lapisan pelindung luar yang disebut epidermis dan lapisan pelindung dalam yang disebut dermis. Untuk lebih memahami hal tersebut, kita lihat uraian dibawah ini.


.
a.    Lapisan Pelindung Luar (Epidermis)
Epidermis atau sering disebut juga sebagai kulit ari. Epidermis merupakan lapisan terluar dari kulit, yang memiliki struktur tipis dengan ketebalan sekitar 0,07 mm. lapisan epidermis masih terdiri atas beberapa bagian, yaitu bagian luar yang disebut stratum korneum (lapisan tanduk), bagian tengah yang disebut stratum granulosum, dan bagian dalam yang disebut lapisan Malpighi. Untuk uraian lengkapnya sebagai berikut :
-     Stratum Korneum
Stratum korneum yang disebut juga lapisan zat tanduk. Letak lapisan ini berada paling luar dan merupakan kulit mati, kering, dan tersusun dari berlapis-lapis jaringan epitelium pipih. Jaringan epidermis ini disusun oleh 50 lapisan sel-sel mati, dan akan mengalami pengelupasan secara perlahan-lahan, digantikan oleh jaringan dibawahnya karena berisi protein keratin. Fungsi utamanya, antara lain melindungi sel-sel dan mencegah masuknya bibit penyakit.
-     Stratum Lusidum
Stratum lusidum, yang berfungsi melakukan “pengecatan” terhadap kulit dan rambut. Semakin banyak melanin yang dihasilkan dari sel-sel ini, maka warna kulit akan menjadi semakin gelap.
Selain memberikan warna pada kulit, melanin ini juga berfungsi untuk melindungi sel-sel kulit dari sinar ultraviolet matahari yang dapat membahayakan kulit. Walaupun sebenarnya dalam jumlah yang tepat sinar ultraviolet ini bermanfaat untuk mengubah lemak tertentu di kulit menjadi vitamin D, tetapi dalam jumlah yang berlebihan sangat berbahaya bagi kulit.
Kadang-kadang seseorang menghindari sinar matahari di siang hari yang terik, karena ingin menghindari sinar ultraviolet ini. Hal ini disebabkan karena ternyata sinar ultraviolet ini dapat membuat kulit semakin hitam. Berdasarkan riset, sinar ultraviolet dapat merangsang pembentukan melanosit menjadi lebih banyak untuk tujuan perlindungan terhadap kulit. Sedangkan jika kita lihat seseorang mempunyai kulit kuning langsat, ini disebabkan orang tersebut memiliki pigmen karoten.
-     Stratum Granulosum
Stratum granulosum, yang menghasilkan pigmen warna kulit, yang disebut melamin. Lapisan ini terdiri atas sel-sel hidup dan terletak pada bagian paling bawah dari jaringan epidermis. Stratum granulosum tersusun atas sel hidup yang dihasilkan oleh lapisan Malpighi.
-     Stratum Germinativum
Stratum germinativum, sering dikatakan sebagai sel hidup karena lapisan ini merupakan lapisan yang aktif membelah. Sel-selnya membelah ke arah luar untuk membentuk sel-sel kulit teluar. Sel-sel yang baru terbentuk akan mendorong sel-sel yang ada di atasnya selanjutnya sel ini juga akan didorong dari bawah oleh sel yang lebih baru lagi. Pada saat yang sama sel-sel lapisan paling luar mengelupas dan gugur.
.
b.    Lapisan Pelindung dalam (Dermis)
Di bawah lapisan epidermis kulit terdapat lapisan pelindung dalam, yang disebut lapisan dermis. Dermis disebut juga kulit jangat atau korium. Dermis kulit tersebut berisi jaringan ikat berserat.
Jaringan dermis memiliki struktur yang lebih rumit daripada epidermis, yang terdiri atas banyak lapisan. Jaringan ini lebih tebal daripada epidermis yaitu sekitar 2,5 mm. Dermis dibentuk oleh serabut-serabut khusus yang membuatnya lentur, yang terdiri atas kolagen, yaitu suatu jenis protein yang membentuk sekitar 30% dari protein tubuh. Kolagen akan berangsur-angsur berkurang seiring dengan bertambahnya usia. Itulah sebabnya seorang yang sudah tua tekstur kulitnya kasar dan keriput.
Berbagai bagian yang ada dalam dermis meliputi pembuluh darah, rambut, ujung saraf, kelenjar keringat (glandula sudorifora), kelenjar minyak (glandula sebasea), dan jaringan lemak kulit. Untuk lebih jelasnya mari kita lihat uraian di bawah ini.
-     Pembuluh Darah
Sebagian besar pembuluh kapiler darah berada pada dermis. Pembuluh darah merupakan bagian yang membawa darah berisi makanan dan oksigen pada lapisan dermis dan epidermis. Pembuluh darah juga berperan dalam menyuplai kelenjar keringat dan rambut akar. Selain itu, pembuluh darah berperan penting dalam proses pengaturan temperatur tubuh.
-     Rambut
Meskipun rambut berada dalam lapisan dermis, namun proses produksinya berada pada lapisan epidermis. Lapisan epidermis masuk ke dalam lapisan dermis membentuk sebuah pipa berlubang yang dinamakan kantung rambut. Rambut tumbuh bersebelahan dengan kantung rambut. Di bagian dasar kantung terdapat sekumpulan jaringan yang berisi kapiler darah dan saraf, yang dinamakan akar rambut. Akar rambut dilindungi oleh sel epidermis yang terus-menerus membelah dan mendorong sel baru ke atas. Sel ini akan segera mati dan mengeras membentuk rambut.
Pada kulit kepala, terdapat bagian yang melekat pada kantung rambut. Bagian tersebut dinamakan otot penegak rambut. Kontraksi otot ini menyebabkan rambut tetap berdiri. Apabila kulit di sekitar rambut kepala kita kurang dipelihara, akibatnya akan timbul ketombe.
-     Ujung Saraf
Ujung saraf merupakan salah satu bagian sel saraf yang mengirimkan informasi dari lingkungan luar. Di dalamnya terdapat berbagai reseptor (penerima rangsangan), seperti reseptor sentuhan, reseptor tekanan, reseptor sakit, dan reseptor suhu.
-     Kelenjar Keringat
Kelenjar keringat kulit memiliki bentuk pipa tergulung yang tumbuh memanjang dari epidermis hingga dermis. Pada pangkal kelenjarnya banyak dikelilingi oleh kapiler darah dan serabut saraf simpatik. Dari darah pada kapiler, keringat dikeluarkan melewati saluran keringat dan pori-pori pada permukaan kulit. Keringat yang dikeluarkan mengandung sebagian besar air dalam bentuk larutan garam anorganik (misalnya sodium klorida) dan sejumlah kecil materi organik seperti urea. Karena keringat mengandung sisa metabolisme, seperti urea, maka kulit tersebut disebut juga organ ekskresi.
-     Kelenjar Minyak
Kelenjar minyak berada di samping kantung rambut. Kelenjar ini menghasilkan minyak yang disebut sebum. Sebum menahan air masuk ke dalam rambut dan epidermis. Selain menahan air, kelenjar minyak juga menjaga kelenturan epidermis dan melindunginya dari bakteri.
-     Jaringan Lemak Kulit
Di bawah dermis terdapat lapisan yang tersusun dari sel adiposa (jaringan adiposa) yang menyimpan lemak. Lemak digunakan sebagai lapisan pelindung. Karenanya, jaringan adiposa juga dikenal sebagai tempat penyimpanan lemak dan jaringan pelindung.

HATI-HATI PILIH PRODUK PEMUTIHAN

"Kulit Muka Yang Sihat Adalah Sama Warna Dengan Kulit Tangan"

Kulit sememangnya memerlukan perawatan sewajarnya agar kelihatan cantik dan cerah, namun kita juga harus mempertimbangkan tentang kesannya terhadap kesihatan. Sebaiknya gunakan bahan alami untuk perawatan kulit agar terhindar daripada kesan sampingan. Dewasa ini produk pemutihan kulit banyak dijual sama ada dalam bentuk krim, pil, sabun dan losyen. Mekanisme yang digunakan kebanyakan produk moden berkenaan ialah dengan memecahkan melanin menggunakan enzim khusus atau hidrokuinon.

Kebanyakan produk krim pemutihan turut digabungkan bersama bahan tabir suria yang bertujuan untuk  mengelakkan berlakunya kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari. Penghasilan pigmen pada kulit sebenarnya terjadi secara semula jadi iaitu faktor genetik. Walau bagaimanapun ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan penghasilan pigmen berlebihan seperti akibat pendedahan pancaran cahaya matahari, masalah kulit hiper-pigmentasi dan pengambilan ubat tertentu. Amalan memakai losyen atau krim tabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai wanita bagi melindungi kulit daripada pigmentasi akibat UVB dan UVA.

Manakala penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit. Kelemahannya ialah ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna. Bagi memastikan keselamatan pengguna, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang dua peratus bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan. 

Sebenarnya ada bahan lain yang tidak  mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, asid kojik, retinoid dan asid laktik. Asid kojid dan retinoid boleh bertindak sebagai agen anti penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin selain meningkatkan kolagen di dalam kulit. Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium Sativum yang boleh menghalang tindak balas hormon pigmen.


1            Bahan Dan Zat Kimia Berbahaya Dalam Produk Pemutihan Kulit

Hidrokinon (Hydroquinone)
Zat kimia ini berfungsi untuk ‘menyekat’ pengeluaran melanin agar kulit kelihatan lebih cerah. Penggunaan hidrokinon haruslah tidak boleh lebih dari dua peratus dan tidak boleh digunakan secara terus menerus. Penggunaan hidrokinon untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan kesan kepada ginjal, fungsi hati dan leukemia (kanser darah). Penggunaan hidrokinon haruslah dengan pengawasan doktor.

Merkuri Atau Raksa
Zat (bahan kimia) ini termasuk logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah kecil. Merkuri berfungsi mengecutkan noda hitam pada kulit seolah- olah menghilangkannya. Jika pemakaian dihentikan, noda hitam tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar. Merkuri yang dioleskan pada kulit dapat meresap melalui aliran darah. Kesan jangka pendek penggunaan merkuri dalam produk pemutihan kulit antaranya iritasi kulit, mual dan muntah manakala kesan jangka masa panjang penggunaan merkuri boleh mengakibatkan kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, alzheimer, parkinson dan gangguan perkembangan janin. Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide.

Rhodamin B
Bahan kimia ini memberikan kesan merah pada wajah. Rhodamin boleh mengganggu saluran pernafasan, menyebabkan kanser dan kerosakan hati. 

Tretinoin (retinoic acid)
Zat kimia ini boleh menyebabkan kulit kering dan rasa terbakar. Bahan ini biasanya terdapat pada produk pemutih dan produk anti jerawat. 


2            Prosedur Rawatan Kosmetik Khusus Untuk Pemutihan Kulit

Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan. Proses pengelupasan boleh dimanfaatkan untuk mencantikkan kulit wajah. Sebenarnya secara semula jadi kulit sudah mengelupas dengan sendirinya. Setiap 30 hari sekali sel kulit luar automatik mati dan mengelupas dan digantikan dengan kulit baru yang lebih segar. Namun seiring dengan bertambahnya usia, proses pengelupasan ini semakin kurang berlaku. Oleh itu tidak hairan
jika kulit kanak-kanak lebih halus berbanding kulit orang dewasa. Jenis bahan pengelupasan kulit: Physical Exfoliator Teknik pengelupasan kulit dengan menggosokkan bahan yang mengandungi butiran misalnya, skrub. Dengan menggosok permukaan kulit, diharapkan kulit akan semakin halus dan sumbatan pori-pori pun menjadi terbuka. 

Chemical Exfoliator
Menggunakan bahan-bahan yang mampu “mencairkan” perekat yang mengikat erat di antara selsel kulit mati. Biasanya bahan ini bersifat asid. Mana satu rawatan
yang sesuai atau terbaik untuk anda bergantung pada jenis kulit anda. Jika kulit anda normal tanpa masalah, menggunakan skrub yang mengandungi butiran
tidak ada salahnya. Namun jika kulit anda berjerawat, berminyak dan kering, anda digalakkan untuk memilih menyingkirkan kulit mati dengan chemical exfoliator.
Peluruh kulit mati jenis chemical lebih cepat bertindak berbanding skrub. Menggunakan chemical juga tidak memerlukan gerakan menggosok dan ia tentunya
mengurangkan masalah iritasi.

Namun jika kulit anda sensitif, anda perlu mendapatkan nasihat dan bimbingan dari pakar kulit sebelum menggunakan teknik ini. Bahan yang selalu terdapat dalam produk pengelupasan antaranya ialah Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BRA). Yang termasuk di dalam BHA ialah salicylic acid yang sering digunakan untuk kulit berminyak atau berjerawat. BHA lebih lembut berbanding AHA hingga risiko iritasinya juga lebih kecil. Poly Hydroxy Acid (PHA) pula molekulnya lebih besar berbanding AHA dan BHA. Sebab itulah ia tidak dapat diserap oleh kulit lebih dalam seperti AHA dan BHA.

Tapi PHA berisiko kecil menyebabkan iritasi pada kulit. Bahan-bahan tersebut kini dihasilkan dalam pelbagai produk penjagaan kulit seperti krim dan losyen
yang banyak dijual di pasaran. Ketiga-tiga bahan tersebut kerap disebut dengan istilah Superficial Peeling. Walau pun semua bahan ini mampu diserap masuk ke
dalam kulit namun bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini kurang relatif keberkesanannya  berbanding produk pengelupasan kulit yang diberikan oleh  doktor-doktor pakar kulit.

Pemakaian kepekatan AHA yang disarankan ialah 5 peratus manakala BHA sekitar 3 peratus. Kepekatan AHA dan BHA yang berada di bawah angka-angka tersebut tidak efektif tetapi risiko iritasinya juga rendah. Kini ramai pakar kulit menganjurkan pesakit untuk menghilangkan kulit mati dengan 
memakai AHA kepekatan tinggi iaitu 20 peratus hingga 7O peratus. Dalam proses ini, bahan tersebut hanya disapukan pada wajah selama beberapa saat untuk
mengelakkan kesan sampingan. 

Suntikan Vitamin C
Rawatan kecantikan ini merupakan yang paling popular di kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan oleh ramai pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan 

Lontophoresis 
Molekul transdermal dipindahkan ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah. Untuk tujuan pemutihan, kebiasaannya vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian terlibat untuk memberikan keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan. 

Laser QS Nd YAG 
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin. Kebiasaannya teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap bawah mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori pada kulit wajah. 


Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihan kaedah ini ialah ia mampu mengembalikan keremajaan kulit selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut. Rawatan ini juga sesuai digunakan pada tangan, kaki dan badan. 


3            Tip Penting Sebelum Menggunakan Produk Pemutihan Dari Dalam

Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda menggunakan sebarang produk pemutihan kulit dari dalam sama ada secara suntikan atau oral ialah  membuang segala toksin dalam badan terlebih dahulu atau lebih dikenali sebagai program detox. Kebanyakan dari kita tidak tahu mengenai kepentingan program ini sebelum menggunakan apa-apa jenis produk kecantikan dari dalam. Ekoran dari itu kesan yang diharapkan agak lambat atau lebih malang lagi tidak berkesan langsung. Mengikut kajian, terdapat sisa-sisa makanan dan najis yang melekat pada dinding usus dan ia menghalang penyerapan bahan dari produk secara  maksimum ke dalam tubuh.

Terdapat dua jenis toksin dalam badan manusia iaitu toksin yang melekat di dinding usus dan yang kedua ialah toksin di dalam organ-organ dalaman seperti jantung, pembuluh darah, paru-paru, buah pinggang dan hati. Walau apa saja kaedah yang anda gunakan untuk detox, pastikan anda melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda mula menggunakan produk kecantikan dari dalam pilihan anda supaya mendapat hasil yang maksimum. Sebelum memilih produk pemutihan kulit yang ingin digunakan, sebaiknya perhatikan dulu keperluan anda. Sebaiknya penggunaan produk pemutihan kulit hanya untuk situasi yang memang benar-benar diperlukan, misalnya untuk mengembalikan kulit yang hitam akibat pendedahan yang keterlaluan pada sinaran matahari. Hindari pemakaian produk pemutihan hanya kerana ingin mengubah warna alami kulit yang pada dasarnya memang agak gelap menjadi putih.


Beberapa Tip Yang Perlu Diperhatikan Ketika Memilih Produk Pemutihan Kulit:
·         Sebelum membeli produk pemutihan kulit, sebaiknya perhatikan kandungan dan dos bahan yang digunakan. Jika dalam produk pemutih tersebut mengandungi salah satu bahan dan zat kimia berbahaya seperti kandungan hydroquinone, batalkan niat untuk anda membelinya meski pun produk tersebut menarik dan menjanjikan hasil yang memuaskan. Kandungan hydroquinone yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit.
·         Gunakan produk yang telah didaftarkan sahaja. Cuba oleskan produk pemutih tersebut di bahagian belakang telinga anda kerana kulit pada bahagian telinga sama dengan jenis kulit pada wajah. Jika berlaku sebarang alahan atau iritasi ini bererti krim atau losyen pemutih tersebut tidak selamat digunakan.
·         Perhatikan jenis produk terlebih dahulu. Pada dasarnya pemakaian produk pemutih juga bergantung kepada jenis kulit anda. Kulit kering lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk krim manakala kulit berminyak pula lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk losyen.
·         Elakkan memakai produk pemutih yang mempunyai dasar bahan kimia lebih dari tiga bulan. Hal ini kerana selepas tiga bulan, proses regenerasi atau pembaikan kulit akan menjadi lebih sukar.
·         Sebaiknya pilih produk pemutih yang mengandungi bahan semulajadi misalnya vitamin C. Sebenarnya kulit coklat yang dimiliki oleh kebanyakan wanita Asia lebih kelihatan cantik dan sihat. Kulit coklat mampu ‘menangkis’ ultraviolet sehingga mampu menurunkan risiko kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Kebanyakan produk pemutihan membuatkan kulit mengelupas sehingga kulit akan mudah ‘terbakar’ akibat panahan matahari.
·         Perhatikan perubahan yang terjadi, adakah kesan yang diinginkan terjadi begitu cepat? Atau muncul tanda berbahaya seperti kulit menjadi kemerah-merahan dan sebagainya? Ia bagi mengenal pasti produk berbahaya untuk tempoh jangka panjang kerana sebahagian produk tidak mencatatkan bahan berbahaya yang mereka gunakan pada bungkusan produk. Maka sebab itulah pengguna perlu lebih berhati-hati ketika memilih produk pemutihan kulit wajah. 


Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

·         Perbanyakkan pengambilan ikan salmon dan  sayur-sayuran hijau seperti bayam kerana lemak baik yang terkandung dalam ikan salmon dan sayur-sayuran boleh membuatkan sel kulit yang terbakar diperbaharui semula.  
·         Untuk penjagaan kulit badan, apabila kulit dimamah  matahari, gunakanlah pelembab kulit bagi mengembalikan tona kulit asal. Bila perlu, saat mandi tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Lalu cuci kulit yang terbakar dengan air tersebut. Air tersebut akan meringankan rasa sakit akibat selaran cahaya matahari.
·         Amalkan vitamin C serta vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda. Dan jangan lupa gunakan sunblock untuk  melindungi kulit dari sinar matahari secara langsung kerana sinar matahari tidak selamanya baik untuk kesihatan kulit.

MARI MENGENAL KULIT



Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza brdasarkan faktor genetik, hormon, usia serta faktor2 sampingan lain iaitu seperti persekitaran kerja, tmpat tinggal, kualiti udara dan sebagainya..

Tips : terdapat 4 jenis kulit wajah yg biasa ditemui :-

1) jenis kulit kering
2) jenis kulit berminyak
3) jenis kulit biasa
4) jenis kulit kombinasi berminyak dan kering.

1) KULIT KERING




Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mereka akan mendapati permukaan kulit adalah kurang berminyak akibat dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang.

Pada kebiasaannya, kulit berasa seperti tegang apabila di cuci dengan air. Kadang kala kulit akan terasa perit/sakit. Kulit juga mudah menampakkan garis2 eksperesi terutama di sekitar mata dan mulut. Kulit Kering juga kelihatan kasar dan mudah mengelupas.

Ciri-ciri fizikal kulit kering adalah:-

a) Kulit tidak berkilat
b) Pori-pori yang tidak begitu kelihatan
c) Tompok-tompok kulit yang kasar

Produk MARY KAY untuk Kulit Kering
  1. Membersih secara lembut tanpa pengelupasan
  2. Melembut , melicinkan dan mengembalikan lembapan yg diperlukan
Menjadikan garis2 kurang ketara.

2) KULIT BERMINYAK




Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, mereka akan mendapati permukaan kulit yang sentiasa berminyak akibat kalenjar sebum menghasilkan minyak yg berlebihan menyebabkan kulit kelihatan berkilat.

Pada kebiasaannya, kulit tidak berasa tegang dan memerlukan pencucian yang kerap untuk terasa bersih.

Ciri-ciri fizikal kulit berminyak adalah:-

a) Kulit berkilat.
b) Pori-pori yang terbuka.
c) Terdapat banyak 'black head'
d) Kulit tebal

Produk MARY KAY untuk Kulit Berminyak
  1. Membantu mengawal minyak di permukaan kulit, menjadikan licin dan lebih berseri
  2. Membersihkan kotoran dan himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam
  3. Membantu makeup kekal segar lebih lama.



3) KULIT NORMAL




Kulit biasa pada kebiasaannya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak kerana aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang seimbang di seluruh permukaan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit biasa, kebiasaannya tiada menghadapi sebarang masalah penjagaan. Kadang kala kulit muka akan terasa tegang ketika cuaca sejuk.

Ciri-ciri fizikal kulit biasa adalah:-

1) Pori-pori akan kelihatan di ZON-T
2) Bahagian tepi muka mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat

Mekap yang di gunakan pada muka bertahan agak lama. Kadang kala perlu di gunakan semula.
Produk MARY KAY untuk Kulit Normal
  1. Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit, sihat dan berseri2,
  2. Mempperhaluskan tekstur kulit dan menjadikan bersih dan segar.

4) KULIT KOMBINASI BERMINYAK & KERING




Kulit jenis kombinasi ini akan mengalami keadaan yang tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang kering dan juga berminyak di permukaan kulit.

Secara amnya, jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi ini akan merasai sebahagian dari kulit terasa tegang, tetapi sebahagian yang lainnya tidak.

Ciri-ciri fizikal kulit kombinasi ini adalah seperti berikut:-

1) Sebahagian daripada kawasan kulit kelihatan amat berkilat (Zon T- Dahi hidung dan dagu)
2) Kulit kasar di kawasan yang lain
3) Pori-pori terbuka di sesetengah kawasan, sementara di kawasan yang lainnya pori-pori tertutup.

Produk MARY KAY untuk Kulit Kombinasi
1. Membantu mengawal minyak berlebihan di zon T
2. mengecilkan pori dan melempabkan kawsan kulit yang kering.

up